Monday, May 14, 2012

SPPS Mencipta Rekod Dan Kekal Juara Olahraga UMS 2012


OLEH ANUAR BIDIN

              Universiti Malaysia Sabah (UMS) ; 9 - 11 March 2012 , Kejohanan Olahraga Antara Sekolah-sekolah 2012 telah berlangsung di kompleks sukan UMS.Sebanyak 13 fakulti atau sekolah yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Secara keseluruhannya, johan bagi kejohanan ini adalah dari Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial  (SPPS) dengan mendapat pungutan pingat sebanyak 24 emas, 14 perak, dan 7 gangsa, naib johan pula adalah dari Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) dengan pungutan pingat sebanyak 4 emas, 4 perak dan 2 gangsa, dan tempat ketiga dari Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL) dengan pungutan pingat sebanyak 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa. SPPS mencipta rekod baru dengan menambah kutipan emas sebanyak 24 emas berbanding 18 emasa pada tahun lalu. Kegemilangan SPPS berterusan apabila anugerah Olahragawan dan Olahragawati dalam kejohanan ini telah dimenangi oleh atlet-atlet dari SPPS. Anugerah olahragawan dalam kejohanan ini telah dimenangi oleh Pang Tsun Kuo dengan pungutan pingat 3 emas dalam acara 400 m, 800 m dan 4x100m. Manakala bagi anugerah olahragawati pula, telah disandang oleh Emmy Akim dengan pungutan pingat sebanyak 4 emas dalam acara 200 m, 400 m, 4x100m dan juga 4x400m.Namun begitu, buat julung-julung kalinya, Wong Leh Huat, iaitu pelajar tahun 1 SPKAL telah berjaya memecahkan rekod kejohanan dan berjaya memperoleh anugerah atlet harapan UMS bagi tahun 2012 dengan mendapat 2 pungutan pingat emas dalam acara lontar peluru dan melempar cakera. Beliau juga telah berjaya menghasilkan rekod baru dalam acara melempar cakera dengan lemparan sejauh 35.69m. Beliau juga merupakan seorang pelatih SUKMA Sarawak bagi tahun 2012 yang berlangsung di Pahang. Selain itu, beliau juga telah menyertai kejohanan MASUM di Universiti Teknologi Malaysia dan berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara melempar cakera.Pengurus pasukan SPPS iaitu Encik Hasnol Noordin amat berpuashati dengan prestasi pasukan SPPS yang hampir keseluruhannya diwakili oleh pelajar sains sukan.

1 comment: