KESELAMATAN DAN KECEDERAAN DALAM
SUKAN
KESELAMATAN
SUKAN
Penglibatan dalam sukan mempunyai banyak aspek positif ke
atas kehidupan seseorang. Namun demikian seseorang itu harus mengetahui dan
mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan diri dari mengalami
kemalangan semasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang diminati.
Pakaian
dan peralatan sukan
(i)
Pakaian
Pakaian
sukan harus selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan
peluh berlaku. Pakaian yang dibuat daripada kapas adalah yang paling sesuai
digunakan dalam cuaca negara kita kerana ia membenarkan peluh diserap dan
disejatkan. Ini mengelakkan peningkatan suhu badan.
Pakaian
yang terlalu ketat akan menjerutkan peredaran darah dan akan membawa kesan yang
buruk kepada atlit.
(ii)
Peralatan
Peralatan
yang sesuai dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu bukan
sahaja dapat membolehkan individu itu menikmati aktiviti sukan yang diceburi
malah dapat mengurangkan risiko kecederaan. Kayu hoki, kasut bola, reket tenis
yang dibuat khas mengikut saiz badan dan keupayaan fizikal harus digunakan
terutamanya oleh kanak-kanak dan remaja.
Selain
itu, peralatan perlu sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
(iii)
Peralatan keselamatan
Semua
pemain harus memakai peralatan keselamatan semasa bersukan. Sebagai contoh,
shin pad, abdominal guard, mouth guard, helmet dan sarung tangan yang dapat
melindungi
mereka daripada kecederaan.
(iv) Peraturan pertandingan
Penganjur
pertandingan peringkat umur harus mengutamakan keselamatan terutamanya dalam
peraturan pertandingan sesuatu sukan. Sebagai contoh, sukan ragbi sentuh tidak membenarkan
seorang pemain membuat tackle dan sukan kancil kriket hanya menggunakan bola
getah yang lembut, sukan gimnastik tidak melibatkan gerakan kuang hadapan dan belakang
untuk mereka yang muda (6-10 tahun).
Peraturan
pertandingan sesuatu permainan boleh diubah suai mengikut keadaan dengan
memberi keutamaan kepada aspek-aspek keselamatan.
(v)
Padang dan gelanggang
Tempat
permainan seperti padang dan gelanggang harus mempunyai ciri-ciri keselamatan
dan tidak bahaya kepada pengguna. Contohnya, padang harus rata dan tidak
berlubang yang boleh mengakibatkan pemain terseliuh. Tiang gol dalam keadaan
baik dan tidak berkarat. Gelanggang sukan tidak mempunyai objek-objek asing
atas permukaan dan di sekeliling yang boleh mencederakan penggunanya.
Memanaskan
badan
Aktiviti memanaskan badan adalah penting sebelum
memulakan sesuatu aktiviti fizikal atau pertandingan kerana ia membawa faedah kepada
fizikal dan mental seseorang itu.
(i)
Tujuan memanaskan badan
-
Meningkat suhu dalam badan (core body temperature) dan suhu
dalam otot.
-
Ketegangan dalam otot juga akan berkurangan dan ini menyebabkan
otot itu menjadi ‘releks’. Kelebihan membolehkan pergerakan eksplosif seperti
menendang bola atau berlari pecut di mana aksi-aksi tersebut melibatkan
penguncupan sekumpulan otot besar dan disusuli dengan regangan maksimum
otot-otot tersebut.
-
Aktiviti memanaskan badan dengan peningkatan intensiti pergerakan
juga membolehkan jantung, paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri
terhadap peningkatan kadar kerja mereka. Ini akan mengurangkan tekanan (stress)
dan risiko kecederaan kepada jantung.
-
Pemain yang melakukan aktiviti memanaskan badan yang cukup
juga akan berasa lebih yakin terhadap diri sendiri dan membolehkannya memberi
tumpuan yang sepenuhnya terhadap permainan atau objektif yang ditetapkan untuk
dicapai pada sesi latihan.
-
Otot menerima darah yang mencukupi.
-
Risiko kecederaan kurang.
-
Raptai pergerakan sebelum lakuan sebenar.
-
Fisiologi
o
reaksi enzim lebih cepat daripada suhu badan tinggi,
o
kurang asid laktik, kurang kesesuaian.
o
mental set.
o
tindak balas jantung.
Menyejukkan
badan
Fisiologi menyejukkan badan bertujuan untuk mengembalikan
fungsi
kepada
keadaan rehat secara progresif. Fungsi fisiologi yang dimaksudkan ialah:
Fungsi denyutan jantung.
Fungsi pernafasan.
Fungsi peredaran darah.
Fungsi otot-otot rangka.
Salah satu faktor fisiologi dalam melakukan aktiviti
secara progresif penyejukan badan ialah asid laktik yang terkumpul semasa
aktiviti fizikal akan dapat diuraikan dalam otot dan organ-organ lain.
Aktiviti menyejukkan badan melibatkan dua aktiviti utama
iaitu regangan dan aktiviti berintensiti yang rendah. Aktiviti regangan semasa
menyejukkan badan dapat mengurangkan kelesuan otot dan juga meningkatkan
keanjalan otot, tendon dan ligamen kerana suhu dalaman mereka adalah tinggi
sebaik sahaja aktiviti fizikal utama.
Aktiviti gerakan badan dapat mempercepatkan kembalian
darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah dipamkan oleh jantung ke
hujung anggota badan seperti kaki dan tangan semasa aktiviti sukan utama.
Sekiranya seseorang itu berhenti serta merta setelah satu sesi aktiviti sukan
yang lama dan berintensiti tinggi, pengumpulan darah (blood pooling) akan
terbentuk di kaki atlit tersebut. Ini akan menurunkan tekanan darah dalam badan
kerana kekurangan darah. Akibatnya atlit itu akan rasa pening, loya atau mungkin
pengsan.
Keperluan
cecair
Aktiviti sukan yang berpanjangan dan berintensiti tinggi
boleh mengakibatkan kehilangan cecair badan melalui peluh sebanyak 2-3 liter
setiap jam. Kehilangan ini mewakili kehilangan sebanyak 6-10% daripada berat
badan.
Rasa kedahagaan atau kekeringan tekak bukan satu
indikator baik bagi menunjukkan badan kehilangan air. Seseorang atlit harus minum
air yang banyak sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi aktiviti fizikal. Air
sejuk merupakan cecair yang paling sesuai untuk diminum.
Suhu badan individu yang normal ialah 37°C. Semasa
aktiviti fizikal yang lama dan berintensiti tinggi, badan akan menghasilkan
kuantiti haba yang banyak. Haba dihasilkan daripada metabolisme karbohidrat dan
lemak otot untuk menghasilkan tenaga. Haba juga diserap dari bahang cahaya
matahari, udara panas dan sentuhan
antara
kaki dengan permukaan tanah.
i)
Imbangan cecair dan elektrolit
Pengeluaran peluh yang banyak mengakibatkan kehilangan air
dan elektrolit daripada badan. Kehilangan air adalah lebih kritikal sekiranya
tidak digantikan. Kebanyakan atlit hilang 8-12% daripada berat badan mereka
apabila melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan cuaca panas dan lembap
(humid). Kehilangan air ini mengakibatkan penurunan isipadu plasma darah.
Elektrolit (ion Na+ dan Cl) yang mengawal kandungan air dalam badan apabila
hilang melalui perpeluhan, tidak akan
dapat
mengawal keseimbangan air dan elektrolit.
Penurunan kandungan air dalam plasma darah mengakibatkan
penurunan tekanan darah. Jantung terpaksa mengepam dengan lebih kerap dan laju
untuk mengekalkan keluaran kardiak agar darah dapat dihantar ke otot yang sedang
bekerja. Ini akan mengakibatkan penurunan kadar peredaran darah di bawah
permukaan kulit kerana lebih darah diperlukan untuk membekalkan nutrien dan
oksigen ke otot. Kesan pengalihan peredaran darah ini menunjukkan peningkatan
suhu badan dan mengakibatkan stress haba.
Stres
haba
Pendedahan kepada bahang matahari dan cuaca lembap
(humid) yang keterlaluan semasa menjalankan aktiviti bersukan boleh mengakibatkan
stres haba. Kehilangan haba badan melalui proses perpeluhan boleh terjejas
sekiranya kelembapan udara persekitaran adalah tinggi (65-75%). Oleh kerana
udara persekitaran lembap peluh tidak dapat disejatkan.
(i)
Kekejangan otot (muscle cramp)
Kekejangan otot yang sering berlaku di otot betis dan abdomen
akibat stres haba. Kekejangan otot ini berkaitan dengan ketidakseimbangan
antara air dan elektrolit dalam badan. Ketidakseimbangan ini berlaku kerana
kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan. Elektrolit seperti natrium (Na+)
dan klorida (Cl-) diperlukan untuk mekanisme penguncupan otot. Kekurangan
elektrolit ini mengakibatkan kekejangan dalam otot.
(ii)
Kehilangan air berlebihan (heat exhaustion)
Kehilangan air melalui perpeluhan dan tidak diganti boleh
mengakibatkan seseorang itu rebah, peluh tidak berhenti, pucat, pening dan loya
serta denyutan nadi yang laju.
Rawatan yang diperlukan ialah meminum air yang banyak dan
berehat di kawasan yang sejuk. Sekiranya tidak dirawat boleh mengakibatkan
strok haba.
(iii)
Strok haba (heat stroke)
Strok haba adalah keadaan yang lebih teruk daripada kekejangan
otot dan kehilangan air badan berlebihan. Strok haba boleh mendatangkan maut
jika tidak dirawat segera. Punca spesifik strok haba tidak diketahui tetapi
ciri-ciri keadaan ini ialah pengsan, kulit yang kering dan suhu badan yang
meningkat hingga 41oC dan badan tidak dapat mengeluarkan peluh. Kesan yang
serius ialah gangguan pada sistem saraf pusat.
Strok haba boleh bertukar secara tiba-tiba tanpa amaran. Rawatan
harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba. Keutamaan di
sini ialah menurunkan suhu badan mangsa. Tanggalkan semua pakaian daripada mangsa,
curahkan air sejuk ke atas badannya dan kipaskan mangsa tersebut. Hantarkan
mangsa secepat mungkin ke hospital. Pesakit tidak boleh diberi minuman
langsung. Pemberian cecair ke dalam badan hanya melalui ‘ intravenous drip’
yang segera.
Cara
mengelakkan stres haba
(i)
Menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan suhu yang panas sekurang-kurangnya
seminggu sebelum hari pertandingan.
(ii)
Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan atau pertandingan
dapat mengelakkan stres haba. Walaupun minuman isotonik mengandungi elektrolit
yang boleh menggantikan elektrolit yang hilang namun air sejuk adalah cecair
yang paling baik untuk diminum.
(iii)
Pakaian yang diperbuat dari 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca
yang panas sebab kapas membenarkan penyejatan peluh yang maksimum. Lebih 40%
daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala. Oleh itu topi yang dipakai
hendaklah diperbuat daripada kapas.
(iv)
Elak daripada berlatih dalam cuaca panas. Masa antara 11.00 pagi – 4.00 petang
adalah masa yang paling panas dan jika boleh jangan berlatih atas permukaan
panas seperti simen dan bitumen.
KECEDERAAN
SUKAN
Jenis
kecederaan
(i)
Kecederaan tisu lembut
Tisu lembut dalam
badan merangkumi kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar dan
lapisan yang melindungi organ-organ tubuh.
-
Kekejangan otot
Kekejangan otot
adalah kesakitan yang dialami di otot-otot besar di badan hasil penguncupan
amat laju dan dalam jangka masa yang lama. Faktor-faktor yang menyebabkan kekejangan:
Dehidrasi (kehilangan
cecair dalam badan).
Kelesuan.
Hentakan atau pukulan ke
atas otot-otot.
Kekejangan otot
boleh di atasi dengan meregang otot tersebut secara statik. Contoh otot yang
selalu mengalami kekejangan ialah otot betis bagi atlit lumba lari dan pemain bola
sepak. Sekiranya kesakitan masih berterusan setelah aktiviti meregangkan otot
tersebut, hentikan rengangan kerana otot tersebut mungkin mengalami kecederaan
yang lain.
(ii)
Ketegangan otot (strain)
Ketegangan otot
berlaku apabila fiber-fiber sesuatu otot mengalami kecederaan. Tempat yang
selalu berlakunya ketegangan otot ialah otot hamstring selepas sesuatu aktiviti
larian pecut.
Ketegangan otot
adalah hasil daripada mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut daripada
kecederaan yang lebih teruk. Ketegangan otot biasanya melibatkan fiber otot
terkoyak.
Seseorang yang
mengalami ketegangan ringan akan mengalami kesakitan dalam pergerakan aktif.
Ketegangan yang lebih serius akan mengakibatkan pengumpulan darah sehingga
seseorang itu tidak dapat menggerakkan anggota
badan yang
mengalami ketegangan otot.
(iii)
Sengal-sengal otot
Kita sering
mengalami sengal-sengal otot setelah melakukan aktiviti fizikal yang tidak
biasa atau sudah lama tidak aktif dalam sukan. Kecenderungan mengalami sengal
otot berhubungkait dengan umur. Terdapat dua jenis sengal otot:
Kesakitan yang
keterlaluan dan diikuti dengan kelesuan. Ia berlaku sebaik sahaja tamat sesuatu
aktiviti fizikal.
Kesakitan yang
tertangguh selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal.
Terdapat beberapa sebab kesengalan
otot ini berlaku. Salah satu sebab ialah terdapat kekoyakan kecil pada fiber
otot dan juga kekejangan otot akibat daripada kekurangan bekalan oksigen ke otot.
Sengal otot boleh dielakkan dengan
melakukan aktiviti pada kadar yang rendah dan tingkatkan intensiti aktiviti
tersebut secara berperingkat.
(iv)
Luka
Luka boleh
melibatkan kecederaan dari luar kulit dan juga dari dalam (dihiris atau
dipotong oleh tulang yang patah). Jenis-jenis luka terdiri daripada:
Abrasi – cakaran pada
permukaan kulit.
Potongan – terkena objek
yang tajam.
Tebukan – ditebuk oleh
objek yang tajam seperti ‘spike’ kasut, paku. Luka ini adalah dalam dan mengakibatkan
kerosakan salur darah.
(v)
Lebam akibat kontusi
Kontusi ialah
hentakan terus objek ke atas permukaan luas atau tisu lembut. Sekiranya
hentakan itu adalah kuat, kapilari darah akan pecah dan darah terkumpul di
tempat hentakan itu. Warna biru-gelap akan terbentuk di bawah kulit. Sekiranya
tempat yang sama terkena hentakan berulang kali, mendakan kalsium akan
terbentuk di kawasan tersebut mengakibatkan tempat itu mengalami kesukaran
untuk bergerak.
Cara mencegah
hentakan berulang ialah melindungi kawasan itu dengan ‘pad’ seperti pada siku
dan lutut.
(vi)
Kecederaan tisu keras
Tisu keras
melibatkan semua tulang dan sendi badan. Tulang patah akibat stress yang tinggi
ke atas tulang. Tulang panjang seperti femur atau humerus mengambil masa lebih
kurang 6 minggu untuk sembuh. Sementara tulang-tulang kecil lain memerlukan 3-4
minggu. Sebaik sahaja simen atau plaster dibuka, tulang itu hendaklah dikenakan
tekanan dan latihan beban untuk mengembalikan kekuatan tulang itu.
(vii)
Dislokasi
Dislokasi
berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi itu tercabut atau terkeluar
dari tempat lekatannya. Tisutisu lembut seperti otot, ligamen, tendon dan salur
darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi berlaku.
Dislokasi sering
berlaku di bahagian sendi bahu. Dislokasi biasanya mengakibatkan kehilangan
(deformiti) bentuk sesuatu sendi itu.
(viii) Kecederaan
kepala
Konkusi ialah
hentakan ke atas kepala yang biasanya trauma otak. Konkusi biasanya berlaku
dalam sukan kontek seperti bola sepak, ragbi, hoki, tinju dan sukan
mempertahankan diri. Kerap kali atlit yang mengalami konkusi akan merasa loya
dan hilang imbangan seketika walaupun kes amnesia jarang berlaku. Simptom
konkusi tidak jelas kelihatan dan mangsa harus dirujuk kepada pakar perubatan
secepat mungkin.
PENGURUSAN
KECEDERAAN DAN BANTU MULA
Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding
atau latihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa
itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi atau dirujuk dengan segera
kepada pakar perubatan. Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan
sukan.
(a)
TOTAPS
Talk -
bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya kepadanya peringkat kesakitan dan tempat
kecederaan.
Observe
- perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa terutamanya
kecederaan yang dialami ke atas kepala mangsa.
Touch -
rasakan tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau deformiti anggota
badan
tersebut.
Active Movement
- suruh mangsa gerakkan anggota badan yang cedera, sekiranya mangsa rasa sakit
rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.
Passive Movement
- gerak perlahan bahagian yang tercedera untuk periksa tahap kecederaan. Rengangkan
otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti dengan sepenuhnya
kecederaan tidak serius.
Stand -
suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan tahap
kecederaan.
Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada tanda kecederaan yang khusus.
(b)
DRABC
Kaedah ini digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa
yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan.
Danger -
pastikan mangsa bebas dari bahaya sekitarnya contohnya jika mangsa
tersepit,
singkirkan bendasing yang menyepitnya.
Response
- cuba gerakkan atau perhatikan sebarang gerakbalas mangsa untuk mengetahui keadaan
sebenar. Panggil nama, tanyakan keadaan, sentuh dan rasa
bahagian
badan untuk melihat sebarang respons.
Airway -
pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut mangsa agar tiada
bendasing menghalang salur pernafasan.
Breathing
- periksa sama ada mangsa masih bernafas melalui hidung atau mulut.
Sekiranya
tiada berikan bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.
Circulation
- maksud peredaran darah. Periksa kadar denyutan nadi yang rendah menunjukkan denyutan
jantung yang lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah seperti luka, balut
dan tutup luka tersebut.
(c) RICE
Tindakan
awal ini diberikan untuk tujuan berikut:
(a)
Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan.
(b)
Mengurangkan kesakitan yang dialami.
(c)
Mengurangkan dan menurunkan bengkak.
(d)
Mengekalkan kecergasan sementara bahagian kecederaan yang
cedera.
(e)
Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang
cedera.
(f)
Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.
Pengurusan RICE ini adalah sesuai untuk kecederaan
tertentu seperti terseliuh, dislokasi, hentakan, sengal, retak dan kontusi,
ketegangan dan kekejangan otot.
Rest -
setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan
yang
diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat
atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
Ice -
ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.
Kecederaan
yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan
ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’
dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini
menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat
memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
Compression
- bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
Elevation
- meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan
pengembalian
darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang
cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan
kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun,
rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa
tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan
banyak komplikasi.
Terapi
kecederaan sukan
Rehabilitasi atau pemulihan seorang atlit yang cedera
biasanya dirancang dan diuruskan oleh fisioterapis atas arahan pakar perubatan.
Kecederaan ke atas sendi dan otot mungkin tidak dipulihkan
melalui rehat sahaja melainkan keadaan yang ringan. Seorang atlit perlu menjalani
rawatan pemuliharaan atau rehabilitasi untuk mengembalikan bahagian yang cedera
itu ke keadaan asal. Antara faktor yang diambilkira semasa rehabilitasi ialah:
Menguatkan otot, ligamen
dan tendon yang telah pulih dari
kecederaan.
Memulihkan tahap
kecergasan atlit ke keadaan asal.
Meningkatkan julat
pergerakan dan kestabilan sendi atau otot.
Mengembalikan keyakinan
atlit terhadap keupayaannya.
(a)
Fisioterapi
Fisioterapi ialah kaedah perawatan yang dijalankan oleh
ahli fisioterapi yang terlatih di atas arahan doktor perubatan. Objektif utama
fisioterapi sukan ialah membantu mempercepatkan kadar penyembuhan sesuatu
kecederaan sukan. Matlamatnya ialah mengembalikan atlit yang cedera itu kepada
keadaan asal dan bersedia untuk beraksi atau berlatih. Antara teknik-teknik
rawatan oleh ahli fisioterapi ialah seperti berikut:
(i)
Elektroterapi
Penggunaan
beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Ini
bertujuan supaya dapat merangsang peredaran darah ketempat yang cedera. Contoh alat
fisioterapi yang sering digunakan ialah mesin ultrasound, shortwave diathermy,
laser therapy dan interferential.
(ii)
Hidroterapi
Hidroterapi
ialah rehabilitasi yang menggunakan air untuk memulihkan kecederaan. Atlit
boleh menjalankan latihan kecergasan dalam permulaan dengan bantuan daya
apungan air. Air dapat mengapungkan atau menyokong berat badan seseorang itu
semasa beliau menjalankan latihan kecergasan. Ini mengurangkan daya hentakan
yang dikenakan ke atas anggota badan atlit tersebut.
(iii)
Terapi Haba (Heat Therapy)
Terapi haba
digunakan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka. Terapi jenis
ini harus diawasi dan dipantau agar darjah kepanasan terapi tidak menjadi
terlalu tinggi hingga membakar tisu-tisu atau sel-sel tempat rawatan terapi
itu.
Terapi haba
meningkatkan relaksasi otot dan mengurangkan kesakitan tempat yang mengalami
kecederaan. Terapi haba meningkatkan peredaran darah ke kawasan yang cedera dengan
itu membolehkan lebih banyak nutrien dan oksigen dihantar untuk membaiki
kerosakan tisu dan sel sementara mengangkut hasil buangan seperti karbon
dioksida dari tempat tersebut.
Alatan dan cara yang digunakan dalam terapi haba:
Rendam bahagian yang
cedera dalam air yang suhu antara 40-41oC selama
10-20 minit.
Pundi gel yang
dipanaskan juga boleh diletakkan ke atas tempat yang cedera.
Perhatian harus diambil ke atas
kulit atau tempat meletak pek ini agar ia tidak
melecur akibat terlalu panas atau
terlalu lama. Lampu infrared biasa digunakan dalam terapi haba.
(b) Urutan
Sukan
Satu daripada bentuk rawatan kecederaan sukan termasuk
urutan yang diberi kepada otot-otot tertentu. Setelah mengenalpasti tiada terdapat
faktor-faktor kontradiksi seperti kecederaan akut, luka, patah dan demam panas.