Thursday, May 10, 2012

Fartlek


LATIHAN FARTLEK

Pengenalan
Latihan Fartlek adalah sejenis latihan dayatahan yang telah diperkenalkan di Sweden. Fartlek yang bermaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan jeda. Namun aktiviti ini lebih menekankan kepada kebebasan atlit memilih fasa-fasa larian, berjalan, jogging, striding dan rehat mereka. Ia boleh dilakukan di kawasan terbuka atau tertutup dan bebas memilih jarak dan arah tuju seperti merentas desa.
          Ciri-ciri utama Fartlek ialah dapat mengatasi kebosanan dan member kesempatan untuk tubuh badan berehat dan mengurangkan kelesuan semasa latihan. Ia juga member penekanan kepada kemajuan aspek kepantasan atlit.
          ‘Speed play’ bermaksud bermain dengan kelajuan yakni mengubah kelajuan larian mengikut keinginan dan kemampuan atlit. Atlit boleh berlari anak menaiki bukit, berjalan laju turun bukit, pecutan pantas di pesisiran pantai dan pelbagai lagi suasana persekitaran dan kelajuan larian boleh dikombinasikan mengikut selera.
Jarak dan masa latihan tidak ditetapkan dan bergantung kepada tahap kecergasan atlit.
http://fruites.galeon.com/fartlek.jpg                                        1.1 Open Fartlek
Konsep

-       Sejenis latihan jeda yang tidak tetap nisbah kerja dan rehat
-       Tujuan utama adalah memberi kepuasan kepada atlit dalam program latihan mereka untuk mengelakan kebuntuan mengikuti program latihan yang ketat
-       Boleh dilakukan di mana-mana tempat sama ada tertutup atau terbuka dan variasi dapat dicapai menggunakan persekitaran yang ada
-       Tumpuan kepada peningkatan aspek kardiovaskular dan daya tahan larian dan pecutan


Objektif

-       Membina keupayaan aerobic dan anaerobik
-       Membantu pertingkatkan kepantasan
-       Meningkatkan daya tahan otot jika latihan tertumpu kepada larian di paras sub-maksima dan diselang-selikan dengan rehat aktif
-       Meningkatkan daya tahan kepantasan jika latihan tertumpu kepada lari pecut dan rehat aktif diselang-selikan

Rasional
Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit di samping membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu elemen penting dan diperlukan dalam pembinaan kuasa ekplosif.


Prinsip Latihan

Latihan fartlek tidak mempunyai prinsip latihan yang tetap disebabkan pengutamaan konsep kebebasan. Namun dapat diselitkan berapa prinsip tertentu mengikut keperluan atlit tersebut seperti pengkhususan larian di mana atlit acara 100 meter mungkin lebih mengutamakan aktiviti pecutan dalam latihan Fartlek mereka.
Bagi atlit yang kerap melakukan latihan fartlek dalam program latihan mereka maka perlulah digunakan prinsip ansur maju serta tambahan beban secara progresif, di mana mereka boleh menambah jarak larian dan mengurangkan tempoh rehat aktif mereka ataupun dengan mengerapkan laluan berbukit atau bertangga. Antara prinsip yang utama ialah:
-       Jangan berehat sepulih

Gaya larian yang disyorkan

-       Berlari perlahan dan konsisten
-       Berlari bergradien (naik bukit atau tangga)
-       Striding
-       Pecut
-       Berjalan
-       Berlari atas pelbagai permukaan (jalan/tanah/pasir/padang berumput)




Fartlek dalam bentuk lain

          Latihan Fartlek tidak terhad kepada bentuk larian sahaja. Ada juga Fartlek dijalankan dengan basikal ataupun renang. Prinsip dan metodnya tiada perbezaan. Seperti renang dilakukan dengan menvariasikan gaya dan kelajuan renangan.


Jenis-jenis Fartlek

Ada 2 jenis Fartlek:
i)             Fartlek Terkawal atau Fartlek Tertutup
Dikenali sebagai Closed Fartlek. Aktiviti dilakukan di kawasan yang tertutup seperti trek di stadium ataupun mengikut garisan padang bolasepak. Latihan seperti ini ada kawalan dan ada rancangan larian yang sudah ditentukan walaupun ia bersifat bebas. Kawalan masa ataupun jarak. Jurulatih mesti terlebih dahulu menentukan apa aktiviti yang hendak di lakukan pada setiap sudut atau seksyen trek yang dilalui ataupun menentukan masa larian bagi setiap aktiviti.

ii)            Fartlek Bebas atau Fartlek Terbuka
Juga dikenali sebagai Open Fartlek. Atlit tidak terikat dengan apa-apa kawalan yang khusus. Larian ditentukan oleh atlit sendiri mengikut keinginan dan kemampuan. Ia dilakukan di kawasan outdoor yang memberikan peluang bagi atlit untuk berinteraksi dan menggunakan alam sekitar sebagai tambahan factor dalam latihan mereka. Kawasan bukit, larian atas pasir, rumput dan padang, larian di persisiran pantai dan lain lain.

No comments:

Post a Comment