Monday, May 14, 2012

‘Kejohanan Futsal Liga Sukan Sekolah Diungguli Kami’-Pelajar SPPS


OLEH FAROUK SATA

              Universiti Malaysia Sabah (UMS) ; 24 March 2012 , Kejohanan Futsal Liga Sukan Sekolah berlangsung di BSA Kolombong.Sebanyak 13 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan dari pelbagai sekolah telah mengambil bahagian termasuk 4 pasukan dari UMS-Kal, Labuan yang terdiri daripada 2 pasukan lelaki dan perempuan. Kejohanan liga yang berlangsung selama 1 hari tersebut telah dikuasai oleh pasukan SPPS walaupun dicabar hebat daripada pasukan lain  Sebelum ke peringkat akhir, pasukan lelaki SPPS telah menewaskan pasukan dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) dengan penalti 2-0 selepas seri 1-1. Kemenangan melalui penalti diinspirasikan oleh penjaga gol SPPS iaitu Shahrul Hafiz yang berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti dari pemain SPE. Sementara pasukan perempuan SPPS menewaskan pasukan dari Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) dengan jaringan 3 berbalas 0 di peringkat separuh akhir. Penjaring gol terbanyak kejohanan ini bagi kategori lelaki adalah milik Anuar Sahat dengan 5 gol manakala kategori perempuan milik Juhini Simon dengan 7 gol. yang mana  kedua-duanya dari SPPS. Ketua pasukan lelaki SPPS, Mohd Farok Sata menyatakan bahawa kejayaan pasukan SPPS ialah berkat kerjasama dan semangat yang tinggi di kalangan pemain. Pensyarah Sains Sukan UMS iaitu Encik Mohamad Nizam Nazarudin yang ditemui turut berasa bangga dengan kejayaan pelajarnya yang menunjukkan semangat kerjasama dalam setiap perlawanan sehingga memenangi perlawanan akhir. Beliau turut memuji kerana setiap pemain telah mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di universiti dalam sesi latihan dan semasa perlawanan.

1 comment: