Thursday, May 10, 2012

Dadah


Apa Itu Dadah?
  
 Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri. Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risio yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.



Kesan Fizikal
         
Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuk pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot. Dengan lain perkataan, keadaan diri mereka tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Kadar pernafasannya menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung berkurangan, tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan. Mata menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku secara berterusan dan berulang-ulang.

Kesan Mental Dan Emosi

Kesan ini lazimnya dipanggil kesan psikologi iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (euforia). Mereka seakan-akan tidak berpijak di alam nyata. Pada masa yang sama seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Mereka tidak segan silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tanggungjawab. Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapt dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan euforia. Fenomena ini disebut toleran ataupun keadaan lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan berulang-kali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah.
          Sekiranya bekalan dadah tidak diperolehi mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung beringus, perut berasa sakit dan perit, kadang-kala muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Bahkan boleh melakukan pelbagai perbuatan jenayah kerana cuba mengatasi rasa gian, baik dengan cara menghendap, mencuri atau membunuh sekalipun. Apabila rasa ketagih berterusan ia mungkin juga mengalami gangguan mental dan menjadi tidak waras, seolah-olah gila. Mereka mula melakukan sesuatu yang tidak masuk akal yang berlawan dengan tatasusila dan peradaban masyarakat. Badan tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala.

Kesan Sosial
  
Kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling. Prestasi dan disiplin kerja merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan sebelumnya. Perpecahan, penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga boleh berlaku. Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka.
Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluarga. Mereka hidup di tempat-tempat lengang yang tersorok atau terpencil untuk memudahkan mereka menggunakan dadah. Keadaan mereka diibaratkan hidup segan mati tak mahu. Dunia mereka hanya akan dapat dipuaskan dengan dadah saja. Kesudahannya mereka akan tersisih sama sekali dan semakin jauh daripada apa jua bentuk bantuan yang membolehkan mereka kembali semula ke pangkuan masyarakat. Mereka akan terus menderita selagi ajal belum tiba. Sesiapa yang terjerumus di dalamnya amat sukar melepaskan diri.
Oleh yang demikian wajarlah kita semua menjauhkan diri daripada apa jua jenis najis dadah. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk berusaha membantu mereka yang terperangkap di samping memahami keadaan yang sedang mereka hadapi.

KUMPULAN DADAH PERANGSANG 
   
Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian.

JENIS DADAH PERANGSANG

Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BULL turut mengandungi dadah jenis ini. Pengambilan DPR pada tahap sederhana boleh menghilangkan rasa letih dan berupaya meningkatkan tumpuan dan perhatian pengguna dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Dadah perangsang berat (DPB) pula boleh menyebabkan ketagihan. Contohnya seperti kokain, amfetamin, serta dadah pengurang berat badan seperti fenmetrazin, metilfenidat. Terdapat juga dadah terbitan amfetamin yang menghasilkan kesan sederhana berbanding dengan amfetamin. Pengguna dadah DPB mengakui bahawa dadah ini menyebabkan mereka berasa kuat, berupaya membuat keputusan yang tepat, meningkatkan keyakinan diri, tidak mengantuk, dan berasa kenyang (tiada selera makan) untuk jangka masa singkat.
Telah jelas bahawa dadah DPB boleh mengganggu fungsi normal badan dan menyebabkan penyakit mental. Kecacatan anggota badan berlaku kepada janin ibu mengandung menagih amfetamin. Di antara pengguna dadah kumpulan ini yang telah diberi liputan meluas oleh media massa ialah Diego Maradona, pemain bola sepak sensasi pasukan Argentina. Beliau telah didapati mengambil dadah kokain semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. Tujuannya untuk menaikkan kembali prestasinya yang menurun akibat umur yang lanjut, membina keyakinan diri serta mengurangkan berat badan. Lanjutan penggantungan daripada menyertai kejohanan tersebut, Maradona telah bertindak secara tidak waras dengan menembak para wartawan yang membuat liputan kes itu menggunakan senapang angin. Contoh ini betapa dadah jenis ini mempengaruhi mental pengguna.
Pengambilan DPB sama ada melalui suntikan, menghidu, merokok, atau memakan boleh menyebabkan kesan ketagihan walaupun baru pertama kali diambil. Apabila kesan perangsang berkurang, emosi pengguna mula tertekan dan mereka terpaksa mengambil dadah tambahan untuk mengekalkan kesan tersebut. Biasanya kuantiti pengambilan dadah selanjutnya adalah lebih besar kerana badan pengguna telah berupaya mengurangkan kesan perangsang kuantiti yang diambil sebelumnya. Kesan sedemikian dikenali sebagai toleran. Pengambilan yang lebih besar ini berkemungkinan menghasilkan kesan toksik dalam badan. Gejala toksik ini dikesan apabila penagih mulai berpeluh, khayal, muntah, sawan, dan serangan sakit jantung.

Kokain
Kokain ialah perangsang semula jadi yang diperoleh daripada daun pokok Erythroxylon coca yang banyak ditanam di tanah tinggi Andes di Amerika Selatan. Pada zaman dahulu, daun pokok ini dikunyah untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan. Kini hasil kokain yang diekstrak berupa sejenis cecair likat berwarna perang, yang dikenali sebagai bes kokain. Dengan melakukan tindak balas kimia, bes kokain ditukar menjadi garam kokain, sejenis serbuk putih.
Kes penyalahgunaan kokain kebanyakannya berlaku di Amerika Syarikat. Di rantau Asia Pasifik, dadah ini tidak popular lagi kerana harganya mahal berbanding dengan ganja atau dadah opiat. Berdasarkan rekod tahun 1985, dilaporkan harga satu gram kokain di pasaran gelap Amerika Syarikat pernah mencapai RM400.
Dalam bidang perubatan, kokain diguna untuk mendapatkan kesan bius dan mengecutkan salurah darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan kecil.

Salah Guna dan Bahaya Kokain

Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampur dengan bahan lain seperti laktosa. Biasanya ia diambil dengan cara menghidu atau suntikan. Ia jarang diambil secara menelan terus disebabkan kokain tidak stabil terhadap rembesan asid yang terdapat dalam perut.
Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah rekreasi kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah berlebihan diambil, penyakit sawan berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.

Amfetamin

Amfetamin pada mulanya diperkenalkan untuk melegakan hidung tersumbat dan resdung (rhinitis) kerana amfetamin dapat mengecutkan saluran darah di hidung. Kini amfetamin dan terbitannya masih digunakan kepada pesakit narkolepsi (penyakit tidur sepanjang masa), kanak-kanak yang hiperaktif serta untuk mengurangkan berat badan. Penggunaan amfetamin meningkat semasa Perang Dunia Kedua kerana ia diambil bagi mengelakkan tertidur semasa peperangan.
Selain daripada amfetamin, terbitan amfetamin lain termasuklah dekstroamfetamin dan methamfetamin. Walaupun terbitan amfetamin memiliki struktur kimia yang berbeza, namun kesannya adalah sama. Kini di Malaysia, dadah amfetamin dan terbitannya diletakkan di bawah bidang kuasa Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982 yang bertujuan melindung masyarakat daripada bahaya salah guna dadah.
Penagih yang mengambil amfetamin sama ada melalui suntikan atau memakan terus akan merasai dua fasa kesan yang berbeza; fasa meningkat (rush) dan fasa menurun (crash). Semasa fasa meningkat, penagih mengalami halusinasi bunyi dan penglihatan, perasaan seronok dan khayal (euforia). Fasa ini lebih cepat diperoleh melalui suntikan. Dengan itu ia diambil secara suntikan, bukan lagi melalui mulut. Fasa menurun pula merupakan fasa yang ditunjukkan oleh kesan pengurangan dadah di dalam badan. Di antara kesannya ialah rasa mengantuk serta tidur untuk jangka masa lama, bergantung kepada jumlah dos yang diambil. Fasa ini akan dirasai sehingga beberapa hari selepas amfetamin diambil.

Salah Guna dan Bahaya Amfetamin

Bagi pencuba yang baru pertama kali mengambil amfetamin, kesan yang dirasai ialah peningkatan tumpuan dalam aktiviti yang dilakukan, perasaan gembira, peningkatan kadar nadi serta tekanan darah, tidak boleh tidur, dan hilang selera makan. Keracunan juga berlaku dan di antara gejala keracunan termasuklah gelisah, fikiran keliru, tekanan darah tinggi, denyutan jantung cepat serta tidak seragam, kesakitan dada dan abdomen, mual dan muntah, sakit kepala, dan suhu badan meningkat. Dalam kes keracunan teruk, mereka akan mendapat gejala seperti sawan, suhu badan melebihi 40oC, serangan mengejut penyakit jantung, strok, dan kematian. Dakwaan kebolehan luar biasa seperti cubaan terbang dari bangunan tinggi pernah dilakukan oleh penagih amfetamin. Mereka juga bersikap ganas kerana amfetamin telah mempengaruhi otak.

Amfetamin Sebagai Ubat
Dalam bidang farmasi, terdapat ubat yang merangsang sistem otak dan berguna dalam pengawalan berat badan. Ubat ini dikelaskan sebagai ubat anorektik. Antaranya termasuklah fenmetrazin, benzfetamin, klorfentermin, klortermin, fenfluramin, mazindol, fendimetrazin, dan fentermin. Kesan ubat kelas ini adalah sama dengan amfetamin dan penggunaannya memerlukan pengawasan doktor perubatan. Kebiasaannya, doktor hanya menggunakan ubat ini sebagai langkah terakhir dalam mengurangkan berat badan selepas diet serta langkah-langkah lain tidak berjaya. Satu perkara lain yang menarik kini ialah kecenderungan atlit sukan menyalahgunakan ubat ini bagi mengekalkan berat badan terutamanya dalam acara sukan yang berdasarkan kategori berat badan seperti tinju. Jadi badan sukan antarabangsa terpaksa menjalankan ujian dadah bagi mempastikan atlit yang bertanding bersih dari ubat jenis ini.
Selain daripada mengurangkan berat badan, terdapat ubat lain iaitu metilfenidat yang digunakan untuk merawat tingkah laku hiperaktif kanak-kanak. Penggunaan ubat ini juga perlukan pengawasan doktor. Doktor akan menerangkan kepada ibubapa akan bahaya yang terdapat pada ubat ini. Sekiranya ubat ini diambil berlebihan, kesan yang diperolehi adalah sama dengan amfetamin.

DADAH DAN SUKAN

Kecenderungan untuk mendapatkan tubuh yang tegap di kalangan remaja menyebabkan golongan ini menyalahgunakan ubat yang dapat mendatangkan kesan pembinaan otot badan. Ubat seperti steroid sememangnya berupaya membina otot tetapi penggunaan tanpa had boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada penggunanya. Masalah penggunaan ubat ini sama seperti penyalahgunaan doping di kalangan ahli sukan bagi meningkatkan prestasi pencapaian individu dalam kegiatan sukan. Penggunaan ubat ini dalam sukan sentiasa dipantau melalui ujian doping .
Kita sering melihat dan mendengar berita tentang ahli sukan yang digugurkan daripada sesuatu kejohanan sukan berdasarkan kepada ujian positif kehadiran ubat ini di dalam air kencing ahli sukan berkenaan. Walaupun kesan buruk ubat yang teruk dijangka daripada penggunaan yang tidak dibenarkan ini, ahli sukan masih lagi mengambil risiko menggunakan ubat dalam pertandingan sukan kerana dijanjikan ganjaran wang di samping tumpuan publisiti dan tarikan menjadi personaliti terkemuka.
Salah satu kes ahli sukan yang terlibat dalam penggunaan ubat terlarang dalam sukan termasuklah perlumba pecut jarak dekat Kanada, Ben Johnson yang berjaya memenangi pingat emas serta memecahkan rekod dunia untuk larian 100 meter pada Sukan Olimpik 1998. Akibat pengesahan ubat steroid yang dilarang terdapat di dalam air kencingnya, maka pingat serta rekod dunia yang dibuat oleh Johnson telah dilucutkan dan tidak diiktiraf. Rencana ini bertujuan untuk menerangkan jenis ubat yang disalahgunakan dalam kegiatan sukan dan kesan buruk yang akan diperoleh sekiranya penggunaan yang berleluasa dilakukan oleh pengguna.

Jenis-jenis ubat yang disalahgunakan

•  Steroid anabolic dan agonis-beta

Steroid

Steroid anabolic dan testosterone merupakan ubat yang membolehkan otot terbina dengan lebih kemas serta lebih besar. Ubat ini digunakan oleh ahli sukan untuk meningkatkan kesan agresif semasa pertandingan berlangsung. Apabila ubat ini diambil secara makan atau disuntik ke dalam badan, prestasi ahli sukan dapat ditingkatkan sekurang-kurangnya lima peratus. Steroid anabolic kebanyakannya mempunyai struktur induk testosterone dengan penukargantian kimia dilakukan terhadap struktur induk ini.
Dalam hal penyalahgunaan ubat oleh ahli sukan, terdapat sekurang-kurangnya 100 jenis steroid anabolic yang boleh digunakan dan kesemua ubat ini memerlukan alat analisis sensitif dan sofistikated untuk tujuan pengecaman. Contoh steroid anabolic yang cenderung disalahgunakan termasuklah klostebol, Dehidroepiandrosterone, Fluoksimesterone, Metandienone. Metanolone, Nandrolone, Oxandrolone, Stanozolol dan Testrosterone.
Kesan buruk yang diperhatikan akibat penggunaan ubat ini tertumpu kepada organ hati, kulit, sistem jantung dan kelenjar. Ubat ini didapati boleh menyebabkan barah, di samping berupaya menyebabkan sesetengah pengguna menjadi gila. Di kalangan remaja, steroid anabolik boleh menyebabkan pertumbuhan yang terencat akibat penggunaan ubat ini.

Agonis-beta

Ubat ini mempunyai kesan pertambahan otot sama seperti steroid anabolic . Ubat ini seringkali digunakan pada haiwan ternakan seperti ayam dan babi kerana ubat ini disalahgunakan untuk menggemukkan haiwan tersebut. Contoh agonis-beta yang disalahgunakan termasuk Klennuterol, Fenoterol, Salbutamol, Salmeterol dan Terbutaline

•  Stimulan 

Stimulan merupakan kumpulan ubat yang digunakan untuk meningkatkan tumpuan, mengurangkan keletihan di samping dapat merangsang semangat juang semasa pertandingan dan perasaan agresif. Penggunaan stimulan boleh menyebabkan pengguna hilang pertimbangan yang mungkin menyebabkan kecederaan sering terjadi. Ubat seperti amfetamin dan terbitannya seperti ecstacy telah menyebabkan masalah kecederaan kepada pengguna akibat hilang pertimbangan akal. Pernah juga dilaporkan bahawa ubat ini menyebabkan kemalangan disebabkan oleh keletihan yang ketara yang terhasil daripada penggunaan ubat ini.
Kumpulan ubat stimulan yang lain termasuk efedrina, pseudoefedrina, dan fenilpropanolamin yang digunakan dalam sediaan ubat batuk dan selesema. Ubat seperti ini apabila diambil berlebihan akan menyebabkan rangsangan otak dan peningkatan edaran darah ke otot-otot untuk meningkatkan prestasi ahli sukan. Dalam kebanyakan kes penyalahgunaan, pengguna mendakwa ubat yang diambil untuk merawat selesema dan batuk serta tidak mengetahui bahawa ubat ini dilarang dalam sukan. Masalah ini boleh dielak sekiranya penggunaan ubat batuk dirujuk kepada doktor perubatan atau ahli farmasi yang boleh menukarkan ubat ini kepada  ubat batuk jenis yang tidak dilarang.
Kesan buruk yang pernah dilaporkan daripada penggunaan ubat ini termasuk tekanan darah meningkat, sakit kepala, denyutan jantung yang meningkat serta seragam dan tangan terketar-ketar. Kumpulan ubat stimulan yang ketiga ialah agonis-beta seperti yang diterangkan di atas. Di samping mempunyai kesan pertambahan otot, ubat ini mempunyai kesan stimulan juga.

•  Narkotik

Morfin dan sebatian kimia yang sekumpulan seperti heroin digunakan untuk menghilangkan kesakitan teruk seperti yang berlaku dalam kecederaan otot. Kesan buruk yang diperhatikan daripada penggunaan ubat ini ialah ketagihan yang berlaku selepas pertama kali digunakan di samping dapat menindas pernafasan. Antara ubat narkotik yang diharamkan termasuk Dekstromoramida, Metadone, Pentazosin dan Petidin.

•  Diuretik

Diuretik merupakan ubat yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran bendalir badan melalui air kencing. Dari segi penggunaan dalam bidang perubatan, ubat ini disarankan dalam rawatan tekanan darah tinggi. Penyalahgunaan ubat ini dalam sukan disebabkan ubat ini akan mengurangkan berat badan ahli sukan dengan cepat dan membolehkan ahli sukan bertanding mengikut kategori berat badan yang dipilih. Dalam pertandingan yang menitikberatkan kategori berat badan ahli sukan, pemantauan penggunaan diuretic diberi perhatian. Melalui isipadu air kencing yang banyak, kepekatan ubat yang disalahgunakan menjadi rendah melalui pencairan yang akan menyukarkan pengukuran kepekatan ubat dalam air kencing.
Kesan buruk yang diperhatikan apabila bendalir badan berkurangan akibat penggunaan diuretik ialah kegagalan buah pinggang berfungsi secara normal di samping tekanan darah menyusut yang akan mengganggu denyutan jantung. Perlu diingatkan bahawa, penggunaan ubat perangsang yang dinyatakan di atas tidak membebaskan penggunaannya daripada sebarang kesan buruk. Penggunaan tanpa had oleh ahli sukan sering menyebabkan badan ahli sukan tidak berupaya untuk menghadapi stres yang berlebihan semasa pertandingan yang mengakibatkan penggunanya boleh menghadapi maut. Oleh sebab itu, elakkan daripada terlibat dengan penyalahgunaan ubat semasa sebarang pertandingan sukan.
Dunia sukan kini bukan sahaja merupakan satu peluang untuk mempertingkatkan semangat kesukanan dan setia kawan, tetapi ia juga satu acara beradu kekuatan dan ini sudah mula mencabar etika kesukanan itu sendiri. Olahragawan serta olahragawati sekarang menghadapi tekanan yang amat tinggi untuk berjaya sehingga berlakunya beberapa episod yang boleh mencemar semangat kesukanan. Antaranya adalah penggunaan dadah tertentu bagi meningkatkan lagi prestasi mereka. Perbuatan ini amatlah memalukan kerana mereka sanggup menggadaikan prinsip-prinsip kesukanan yang sepatutnya dipupuk dalam temasya sukan. Apalagi memandangkan penggunaan dadah dalam sukan juga mempunyai berbagai kesan yang boleh mendatangkan mudarat, termasuk maut. Sebagai contoh, antara kejadian maut yang paling awal dirakamkan adalah dalam tahun 1904 di Greece, semasa Sukan Olimpik, apabila seorang pelumba basikal menyalahgunakan dadah striknin. Striknin pernah digunakan dengan meluas dalam perubatan sebagai satu ubat perangsang dan sering didapati dalam ubat-ubatan ketika itu.
Malah dari perspektif sejarah sukan, penggunaan dadah dikalangan ahli sukan sememangnya telah lama diamalkan, semenjak zaman Rom lagi. Ini termasuklah bahan-bahan seperti cendawan dan tumbuhan lainnya dan kemudiannya berbagai bahan tiruan; termasuk alkohol dan kafein. Senarai bahan-bahan yang boleh disalahgunakan turut bertambah termasuklah kumpulan-kumpulan perangsang psikomotor, perangsang sistem saraf pusat lain, ubat-ubatan jenis amin simpatomimetik, kumpulan narkotik, kumpulan steroid anabolik dan berbagai jenis lain.
Kini beberapa syarat ketat dikenakan untuk tujuan mengesan dan mengenalpasti jenis-jenis dadah yang digunakan dalam temasya sukan diberbagai peringkat. Semua ini menunjukkan bahawa kesukanan sering dicemari dengan bahan-bahan baru yang sentiasa diperkenalkan bagi meningkatkan lagi keupayaan bersukan, selagi semangat kesukanan yang jitu tidak diamalkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Faktor seperti tekanan untuk menjadi kaya dan keinginan menjadi jaguh terkenal sering mendorong kepada penggunaan dadah-dadah sedemikian.


DADAH DALAM AKTIVITI SUKAN

Perkataan ‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. Oleh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.
Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.
Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroid anabolik. Sungguhpun penyelidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat dari pengambilan steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit. Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-makmal doping seIuruh dunia. Perkara ini telah membuka peIbagai peluang penyeIidikan kerana penganalisaan dadah sintetik semakin  rumit dan segi spesifisiti dan sensitiviti manakala pengesanan hormon steroid seperti testosterone, DHT (dihydrotestosterone) dan DHEA (Dehydroepiandrosterone) memerlukan interpretasi yang begitu cermat kerana mereka juga merupakan hormon yang terdapat semuIajadi dalam badan manusia. OIeh yang demikian pelbagai kriteria teIah dibangunkan bagi memutuskan urin yang positif. Suatu parameter yang dinilai adalah nisbah testosterone (T) kepada epitestosterone (E), suatu hormon berkaitan tetapi tidak menghasilkan sebarang kesan. Penggunaan testosterone akan mengubah paras T dan tidak menjejas paras E. Perkara ini mengujudkan T:E yang tinggi; malah urin yang menunjukkan T:E melebihi 6 akan disiasat dengan lebih mendalam. Penganalisaan semula akan dilakukan ke atas urin yang dikumpul semula dan atlit yang sama apabila angka ini jatuh diantara 6 dan 10. Tindakan ini adalah bagi mempastikan atlit benar-benar menggunakan testosterone kerana terdapat juga individu-individu tertentu secara semulajadi mempunyai T:E yang tinggi. Terdapat juga  pengesanan paras epitestosterone yang tidak munasabah sehinggakan jumlah E lima kali Iebih tinggi daripada T di dalam urin. Epitestosterone dikategorikan sebagai agen ‘masking’  kerana penggunaannya oleh atlit adalah untuk menstabilkan T:E kepada paras normal apabila menggunakan testostorone secara haram.  Sementara nisbah ini lebih kurang 1:1 dalam manusia biasa, terdapat juga perbezaan mengikut kumpulan etnik dan individu. Pengesanan testosterone yang tinggi tidak mudah diberi kepastian positif oleh kerana testosterone yang diambil secara eksogenous tidak mudah dibezakan daripada testosterone semulajadi endogenous. Saintis dalam bidang analisis doping sedang menyelesaikan isu ini melalui penentuan isotop stabil karbon, 12C dan 13C dalam testosterone. Ini adalah berdasarkan nisbah 12C : 13C  dalam testosterone eksogenous jauh berbeza daripada testosterone semulajadi. Nisbah ini pula bergantung kepada diet masing-masing.
Penentuan ini hanya dapat dilaksanakan melalul suatu teknik yang menggunakan alat Gas Chromatograph Isotope Ratio Mass Spectrometer, suatu alat yang memberi ‘fingerprint’ kepada bahan kimia melalui kandungan isotopnya. Selain parameter yang dikesan melalui penganalisaan, perubahan fisikal begitu ketara pada pengguna steroid anabolik. Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buah dada dan masalah akne begitu ketara manakala bagi wanita, terdapat tumbuhan rambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yang semakin kasar.  Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan oleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasa latihan. Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila program kawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandingan penggunaannya dihentikan bagi mengelak pengesanan. Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan manusia, kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb (parts per billion) beberapa bulan selepas tamat penggunaan. Keupayaan mengesan paras sekecil ini dituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu ada kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2 ng/mI. Ini bermakna teknik seperti ‘tandem mass spectrometry’ (MS/MS) atau ‘high resolution mass spectrometry’ (HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-teknik ini akan memberi lebih sensitiviti tanpa berkompromikan spesifisiti. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertama pengesanan menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yang begitu rendah dapat dilaksanakan. Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan bagi sejumlah kecil steroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu mahal.  Suatu kelas dadah yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang menjadi pilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid menjelang pertandingan sukan. Melalui cara ini paras steroid dapat dikurangkan di bawah paras threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi atlit oleh kerana makmal doping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang dapat mengesan dalam tahap ppb (parts per billion). Selain itu mengurangkan air di dalam badan memberi manafaat kepada bidang sukan yang menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkat berat misalnya, seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori yang lebih rendah.  Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta juga disalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak, dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaan adalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku. Senarai ini termasuk jenis yang sering digunakan oleh pesakit seperti metoprolol hingga yang jarang digunakan seperti pindolol dan bisoprolol.
Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormon peptida. Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) dan hormon pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan ini dapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di dalam serum darah. OIeh kerana peraturan kawalan doping hanya membenarkan pengambilan sampel urin, EPO dan hGH belum dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan masih terhad kepada teknik ElA (enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay) yang boleh diterima sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi ujud kaedah ujian ‘evidentiaI’ yang tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah. Kaedah EIA dan RIA mungkin selektif atau spesifik tetapi satu kaedah sahaja tidak memberi tahap diskriminasi yang dituntut seperti dengan menggunakan mass spektrometri. Sementara penggunaan EPO dan hGH nyata mempunyai sebab-sebab tertentu, hCG biasanya mula diambil setelah tamat regimen steroid untuk merangsang semula hasilan testosterone endogenous. Beberapa jenis EPO sintetik didapati di pasaran dengan hasilan kesannya sama seperti peningkatan hasilan sel darah merah ke tahap 5-10 kali ganda kadar normal. Malangnya, dengan jumlah sel merah yang melambung tinggi, darah menjadi likat sehingga jantung seseorang boleh terhenti dalam kepenatan bertanding. Penyelidik percaya EPO telah menyebabkan 18 kematian di kalangan peIumba basikal Belanda dan Belgium sejak tahun 1987.


KAEDAH DOPING

Selain daripada senarai dadah-dadah yang diharamkan oleb pihak IOC, terdapat juga kaedah doping yang dilarang. Ini tidak melibatkan bahan asing tetapi merupakan manipulasi untuk meningkatkan prestasi melalui doping darah atau penipuan untuk mengelakkan daripada dikesan di dalam urin. 

Objektif melakukan doping darah adalah serupa dengan hasil penggunaan EPO. Melalui kaedah ini seorang atlit akan mengeluarkan Iebih kurang 200-250 ml darah dan dikembaIikan semula sel darah merah ke dalam sistem badannya 4-6 minggu kemudian sebelum bermulanya pertandingan. Cara mi meningkatkan hematokrit dan tidak secara langsung bekalan oksigen juga ditingkatkan untuk tujuan mendapatkan tenaga maksimum dan memperlanjutkan ketahanan. Nyata bahawa proses seperti ini akan melibatkan beberapa orang selain atlit kerana darah perlu diproses secara professional.

No comments:

Post a Comment