Wednesday, May 2, 2012

Faedah Berkuda, Berenang, Memanah.


Rasulullah bersabda, “ajarilah anak-anak kalian
berkuda, berenang dan memanah
(riwayat Sahih Bukhari/Muslim)


Sudahkah anda mengajar anak-anak anda 3
perkara ini?

Sabda Rasulullah SAW :
Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”
(Riwayat Muslim)

  • Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
  • Bentuk lekuk badan belakang Kuda, tempat dituggang - Baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
  • Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.




  • Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseraltermasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat.
  • Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atauter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Dan Baginda bersabda:

Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda

manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang

disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja
mempunyai beberapa kebaikan

Adapun kuda syaitan, yaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, yaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi kebutuhannya.

(
Riwayat Bukhari dan Muslim)





Memanah...


Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.


Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Berenang

Semasa berenang,mental, fizikalsegala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat 
satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan,
 selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ).

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani dan sesungguhnya
Rasulullah s.a.wpernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.”
(Riwayat Ahmad)



No comments:

Post a Comment