Monday, March 26, 2012

Jom cerita pasal Olimpik~

Hi semua,


Kali ini kita akan cerita pasal fakta-fakta menarik tentang Olimpik...


Tahukah anda?


1. Olimpik Moden diasaskan oleh Pierre de Coubertin (Perancis).

2. Citius, Altius, Fortius (motto Olimpik) bermaksud Lebih Pantas, Lebih Tinggi, Lebih Kuat. Ia dipinjam oleh Pierre de Coubertin dari sahabat beliau Father Henri Didon.


3. 5 bulatan pada bendera Olimpik itu melambangkan 5 benua terpenting di dunia (Asia, Eropah, Africa, Amerika Utara dan Amerika Selatan).


4. Angkat Sumpah Olimpik pertama dilaungkan oleh Victor Boin (Atlit Fencing dari Belgium).


5. Pingat Emas Olimpik yang 100% adalah diperbuat daripada emas, kali terakhir dikeluarkan (dianugerahkan) pada tahun 1912.


6. Penganugerahan Tuan Rumah Olimpik diberikan kepada Bandar-Bandar besar dan bukannya Negara. (contoh, Beijing 2008).


7. Juara pertama Olimpik Moden ialah James B. Connoly (acara hop, step and jump) dari USA pada Olimpik 1896. Acara tersebut adalah acara pertama yang selesai pada Olimpik 1896.


8. Sejarah acara Marathon diukir oleh Pheidippides (askar Greece) apabila beliau berlari 25 batu dari Marathon ke Greece (lebih kurang 25 batu) untuk memberitahu kemenangan tentera Greece ke atas tentera Parsi. Beliau meninggal dunia selepas menyampaikan mesej tersebut. Acara Marathon adalah untuk memperingati Pheidippides.


Nantikan kesinambungan cerita-cerita Olimpik di masa akan datang. Stay Tune. Keep Following Us.

 

No comments:

Post a Comment