Labels

Showing posts with label 4 - Global Sport. Show all posts
Showing posts with label 4 - Global Sport. Show all posts

Thursday, May 10, 2012


Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m



Ruqaya Al Ghasara adalah seorang atlet sukan olahraga dalam acara trek, larian 60m, 100m, 200m.

Wanita ini memenangi pelbagai acara sukan yang penting termasuk mencipta rekod baru dalam sukan olahraga peringkat antarabangsa, antaranya Asian Indoor Championships di Tehran 2004, Asian Games Doha 2006 dan terpilih ke Olimpik. Beliau memakai hijab atau tudung semasa menyempurnakan larian-lariannya.

Beliau dianggap sebagai ikon, srikandi dan wirawati kerana usahanya memakai hijab semasa merebut pingat untuk negaranya. Ternyata beliau mampu mendapatkan pingat emas biarpun memakai hijab.

Ini menguatkan lagi pandangan majoriti lelaki bahawa wanita yang berusaha untuk menutup aurat (tidak mendedahkan rambut dan kulit) biarpun dalam kekangan uniform/pakaian bertugas, adalah wanita yang pandai berdikari, gigih berusaha, setia dan amanah.

Kisah Ruqaya Al Ghasara, pelari pecut yang berusaha melindungi mahkota pentingnya dari penglihatan awam merupakan satu kisah yang mampu membuatkan ramai lelaki berasa teruja dan kagum. Beliau adalah legenda (LIVING LEGEND) yang wujud dan mengangkat martabat wanita-wanita dalam bidang sukan.
                                                             

Monday, March 26, 2012

Borneo Sport Arena

Anda kaki Futsal? Nak adakan Tournament Futsal? Nak tempah tempat untuk bermain Futsal?

Cuba lah Borneo Sport Arena (BSA).

Best tempat ni. Menyediakan banyak gelanggang bersaiz kecil dan besar. Ada cafeteria sendiri kalau nak duduk rehat dan santai. Nak melepak tengok budak-budak main bola pun best juga.

Kalau nak tempah boleh hubungi di talian mereka. Gelanggang besar - 180/jam dan Gelanggang kecil - 100/jam.....

Nak tahu lebih lanjut tentang BSA? click lah link di bawah... ini facebook page mereka...

https://www.facebook.com/bsa.arenafutsal1

Harap dapat bantu anda... :)

Sport Rating for BSA: 82% - sangat memuaskan

Thursday, March 22, 2012

Global Sport


Hey Everyone,

Good news, the Global Sport section is now up and running (as of 23/03/12 – 0:15 a.m.). Here we will provide you with links to other sport-related pages (which might help you with your assignments LoL).

Keep following us.